Tuesday, April 26, 2011

yuna's bad fur day

dak nana kena mandi arini. busuk sangat aih.
haha.

dah mandi baru boleh lepak-lepak atas katil dengan acidah.

ammeoww~comel kan i? kan? kan? =P

Friday, April 22, 2011

Luahan hati Si Puteh


Ketika aku sedang sibuk menggodam internet. tibe-tibe Puteh datang
menyemak lalu tergolek2 kunun cumel.
.
.
.
ko kenape puteh?


*golekgolekgolek*

acidah! aku nak girlfriend!

naomei kan ade tu. pergila ngorat.


naomei taknak kat aku.dia cakap aku xhensem.
dia kan cantik bergaya.
*sedih*

tak try ngorat himawari?


wari kata dia tak nak anak ikan.

orked pulak?


orked kata dia belum bersedia nak terima lelaki lain.
pak itam masih bertakhta dihati orkid.

eh, aritu aku nampak orkid ngorat si abu, kucing pendatang tu?

.................

ok ok. ko tak try ngorat comot?



tadi dah ngorat. tapi comot nak kiss kiss pula.
aku xberkenan dengan perempuan macam tu.
dahla bila aku cakap tak baik kiss kiss ni, tibatiba comot lempang aku.

ok fine. kicap ko taknak?


kicap anaeroxia. not my taste.

ngade lah ko puteh. tu datin ko taknak ngorat?
nanti ko boleh dapat 'datuk'.


datin ade anak kecik. nanti susah nak manjamanja.

alahai ko ni puteh. tu peah ade?
anak die takdela kecik sangat macam anak datin.


peah pun taknak kat aku. dia kata anak-anak dia tak restu dia
menduakan papa mereka.

hmm..acidaaah~
*golekgolekgolek* lagi

ape?

aku nak pegi try ngorat naomei lagi sekali lah.
dia tu cantik!
*senyum*


meh sini aku touch up ko sikit puteh.
mane tau nanti omey terpikat.


hah.. kan dah handsome! pergi cepat.
aku sokong kau 100% puteh!
go puteh go!

sejam lepas tu. puteh kembali naik ke atas katil aku.
dengan rupa begini
.
.
.
.


habis bulu pipi tertobek dan berdarah-darah.
*gambar agak kelam menggambarkan hati puteh yang remuk*

apasal berdarah-darah ni puteh?

puteh hanya mendiamkan diri lalu tertidur selepas aku menyapu
luka beliau dengan krim luka.

luka diluar boleh diubati.
namun.. hati puteh yang terluka..siapa yang tahu.
setelah disiasat.. rupa-rupanya
.
.
.
.
.


rupa-rupanya puteh terluka kerana naomei berpacaran dengan mamat lain.
luka di pipi puteh juga adalah disebabkan pergaduhan dengan mamat tersebut.
.
.
.
.

alolo..cian sungguh siputeh aku.
takde sape-sape yang ade 'anak' ke untuk dijodohkan dengan puteh?
bolehlah nanti kita berbesan.
sekian sahaja luahan hati si puteh untuk hari ini.
kbye~

Thursday, April 21, 2011

Yeay! TQ cornetto! =D


tengahari tadi..tatkala aku sedang sibuk menyusukan 2 ekor anak si datin.

'hai! saya datin! anda pula?'
ape?korang ingat korang jeke leh jadi datin?
kucing pun boleh tau >.<

Align Center

ni anak-anak datin yang kelabus-kelabus dan cumel-cumel belaka.


ok..sambung balik cerita
.
.
tiba-tiba inche posmen datang di pintu hadapan meminta autograph.
oh femes nye saya! ha
hahhaa..
selepas memberi autograph, inche posmen juga memberikan saya hadiah.
.
.
.
.
.
tadaaa!



pendrive 2GB berbentuk cornetto!
comel kan! comel kan! comel kan!


korang nak?
esok pagi, pergi beli cornetto 2-3 bijik
xkisahlah perisa blackforest ke, strawberry kisses ke, strawberry cheesecake ke,
choc ke, berry ke
pastu simpan penutup die dalam kocek tawu
pehtu tengok link ni
done!
oh thank youu cornetto! :-*


Sunday, April 17, 2011

Kucing pakai pampers?

Ini Si Puteh. Muke kacak hensem bergaya!
tapi dah dasar kucing jantan.
asyik kencing berdiri! eh silap..
asyik kencing merata2!



Bile mak aku tension inilah yang terjadi.
xpasal-pasal getah lapik lampin Adam menjadi lampin Si Puteh pula.
hahahahhaha!! LMAO!


Padan muke ko Puteh. kencing merata-rata lagi.
aku upload gambar ko kat blog aku supaya ko berase malu
untuk mengorat makwe-makwe kat fesbuk.



Gambar kat bawah ni adalah gambar Pe'ah bersama 2 ekor anak beliau.
Ruby dan Tarzan! Tarzan yang bontot oren corak bengal tu. eheh~
Ruby pulak yang tengah bisik-bisik ape tah kat Mama Pe'ah.
nak upload banyak gambar Pe'ah & family tapi bluetooth pc ni ngade-ngade.
kejap mau kejap tak mau. bluetooth laptop pulak rosaaaak T_T
benci! nanti aku upload lain kali -_-


Yuna!

Ini bukan entry pasal Yuna penyanyi tu ye..
tapi mengenai kucing comel ku yang bernama Yuna.
haha.. ni reaksi beliau bile aku bangun pagi tak gosok gigi terus pegi ngadap die sambil puhh puhh kat die.hee =)



video