Wednesday, September 26, 2012

Friday, September 21, 2012

Lebar.

Belek-belek album lama.

Aku: Tengok ni mak..comel gila kan budak ni.





saja nak gedik-gedik dengan mak sendiri, padahal tu gambar aku masa kecik

Emak: Kecik-kecik dulu yela comel.
Aku : Sekarang tak comel?
Emak: Sekarang dah lebar.

Sound effect bunyi cengkerik.

Kata emak lalu berlalu pergi.

forever alone




Mase kecik lagi lebar koooot!

-_-"

Fine mak fine.
Menangis secara berirama.



posted from Bloggeroid

Testing testing.



Like mother like daughter :D

Friday, September 14, 2012

The Prey and Predator.


Kuala Kangsar: Seekor tupai ditemui cedera parah di depan pintu
dapur seorang surirumah. Suspek yang berada bersebelahan dengan
mangsa ditahan beserta senjata (gigi) berlumuran darah.



Tupai yang malang itu segera dimasukkan ke ICU.
Dikhuatiri beliau kehilangan banyak darah.



Suspek bernama Rachel merupakan kucing betina yang juga
berasal dari Kuala Kangsar telah dipenjarakan bersama banduan-
banduan lain.


Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan trauma.



Sekian berita untuk hari ini.



Sunday, February 19, 2012

Kucing preggy dan Smartheart.



Harini keluar jap pergi post office.
Then singgah The Store beli Smartheart yang emak pesan.
Then pergi bus station nak balik umah.
Jalan setapak demi setapak.
Ternampak sebiji kucing pregnant yang cantik jelita.
Aku tenung beliau--beliau tenung aku.
Aku senyum--beliau pun senyum =)
Aku kenyit mata--beliau pun kenyit mata.Ok, tipu!
Then terkedek-kedek beliau datang bawak perut kat aku.
Leset-leset-leset purrssss~
Aku ambil beliau letak atas kerusi.
Bukak bungkusan Smartheart emak.



Uuu yummy yummy yummy =)
Cian dia. Lapar sangat. Dahla preggy.
Then dah kenyang, aku bersembang bergurau-senda dengan dia.
Then,bas pun sampai.


Puan kucing: Kakak nak balik dah ke?
Cik Aku: Ye sayang. Bas dah sampai tu.
Puan kucing: Bawakla saya balik sekali :'(
Cik Aku: Ikutkan hati memang kakak nak bawak
awak balik. Tapi kat rumah dah banyaaak sangat
kawan-kawan awak. Sori sayang. Kakak doakan nanti
ada orang yang baik hati ambil awak bawak balik rumah,
jaga makan minum awak. Sori lagi sekali sayang.
Nanti kalau kita jumpa lagi, kakak belikan ayam goreng KFC.

Usap-usap dia sekejap lalu babai tata tata.
Tapi dia ikut nak naik bas. Terpaksa umpan Smartheart sikit
bawah kerusi lalu berlari naik bas laju-laju. Sori :'(

Dalam bas tiba-tiba ada seorang jejaka memberi kertas
beserta no telefon beliau.
Apekahh?
Sori encik. Eventhough I'm nice to that cat and other cat and
other cat, that doesnt mean that I'm nice to human too.
If you want me to be nice to you..
Sila transform jadi kucing.
Kakaka =P
Okbye.





Thursday, February 16, 2012

Bebola kucing kanak-kanak.


Petang 14 februari. Ketika aku sedang sedap bermimpi
di awang-awangan. Tiba-tiba terasa bajuku basah. Apekah?
Tak. Aku sudah dewasa. Aku tak kencing atas katil dah. No.
Rupa-rupanya, Naomei berada di atas aku. Nak terberanak sudah.
Woi Naoimei! Aku ni ade rupe tempat kucing beranak ke?
Kelass kau maria nak beranak atas aku atas katil. Haihh~
Lalu aku mengangkat Naomei masuk kedalam bakul
lalu berambus ingin menyambung mimpi. Namun Naomei
bergegas mengikut aku sambil membebel-bebel.
Nak suruh aku teman bagi moral support katenye.
Adeh. Yela baeklah baeklah.



Ini hasilnye. Hehe.
Kiri tu nama dia Maria. Lagi 2 ekor tak tau name ape.
Any suggestion? =)



Ni anak Kicap.


Name aye Apek.


Name aye Amoi. Miu!



Ni anak Datin. Sepesen jek semua. Rupe cam lembu pun ade.
Rupe cam bola pun ade =)


Name aye Ayu Rodoh. Bukan Ayu Raudah okee.
BUKaN!


Kat badan aye kan kan.. ade tompok bentuk love.
Weewit!


Atas pale aye ade bentuk paws!


Name aye pulak Atan.


Aye Anjali Sharma tapi kakak panggil aye Anje.
Hikhik.


Kakak panggil aye Adik.


Ni kakak kitorang. (Tiba-tiba)
Hahahahahaha!


Hobi kami adalah geget muntut memasing.



Pastu menung feeling-feeling nak tido.

Tiba-tiba kakak Ginger nyebok puloks.


Eh sape pulak ni? Bulu lebih kurang je.
Mata merah! Naga ke ape? Telinga panjang :O


Sniff sniff~


:O


Larikkk.


Larik laju-laju sebelum dibuat lauk.



Weh kura-kura. kita lumba lari nak?

Friday, February 10, 2012

Heart.


Throw myself onto the bed
Face on the pillow
Cried
Inside
Outside

Friday, February 3, 2012

Bila The Legend Mandi.





Ready nak mandi. Yay!
*Aku malas nak bersilat-silat taekwando mandikan kucing.
Sebab nanti lepas tu memang tangan tak rupa tangan dah.
Banyak hasil lukisan kreatif berwarna merah nanti.
So jalan mudahnye adalah mandikan dalam cage.



Eh sibuk ah Datin ni nak posingposing pulak masa tengah pee.



Oh tulunnn tulunnnn !!



Curah airrrr.
Puteh: Wuaaaaa!


Apa salahkuuu..
Kau buatku beginiii.. sobsob~


Guna syampu ni. Bau dia sangat ohsemm~


Mode muka kesian.
Nantila jap nak sabun dulu. Haha.


Cepatlaaaa.. Sejuk ni!


Uffff~ Brrrr~


Ape pandang-pandang?
Nak mandi jugak ke Chi?



(Gelenggeleng lajulaju!)

Tuesday, January 31, 2012

Cerita zaman sekolah asrama.

Entry ini ditulis untuk anak saudaraku Nurul Amira yang bakal
masuk hostel next week. Be tough. Namo nangesnanges =)

Dulu aku kena paksa duduk sekolah asrama dek mak aku. Dengan harapan
anak dia ni jadi ustazah. Tapi tak tercapai cita-cita mak itu. Maaf. Hehe..

First night tidur kat asrama, aku sorang je yang tak nanges. Memberontak
konon-konon. Mak tak sayang aku, hantar sekolah asrama, buat apa nak menangis.
Ecewah. Hahaha. Yang pastinya malam tu katil kiri kanan atas aku semua
penghuni dia sobsobsokseksoksek. Ahaks. Rileks la wehh~

Pastu semua benda kena buat sendiri. Berdikari ok. Basuh baju, basuh kasut,
sidai baju, kemas katil tegangtegang jangan kedut sikit pun, bangun pagi
takde orang kejut, tiap hari sapu sampah sebab kalau bilik semak nanti
kena denda, iron baju sendiri malam-malam sebelum sekolah esok,
loker mesti sentiasa kemas kalau tak nanti kena denda. Dahla kena bangun
awal berebut bilik air. Kalau lambat nanti kena jelingjeling dek senior.
Elehh. Kerek je. Macamla shower tu kau punya =P

Oh lepas tu, masalah utama budak-budak form 1 adalah hencik kutu atas
kepala. Walaupun anda adalah seorang yang pembersih selalu syampu
rambut, tapi hencik kutu ni terbang berjangkit toinktoink merata-rata
sampai 1 dorm semua berkutu eyuuuu. Note to Amira:
Kalau ada kutu nanti inform ibu cepat-cepat, nanti boleh ibu bagi ubat kutu.
Ekekeke =P Tapi mrsm rasanya 1 bilik 4 orang je. Selamat dari kutu kot.

Solat memang kena dekat surau semua. Berjemaah.
Makan pun nasi kawah dekat dewan makan. Kalau dapat time lauk yang
sedap tu best la. Tapi kalau time lauk ikan goreng sayur labu dengan buah pisang
je, memang rasa nak balik bilik makan maggie lagi sedap. Makan pun dalam tray je.
Pastu nanti baju kena jemur dekat ampaian besar, maka sangat berisiko
hilang baju. Kalau hujan masa tengah kelas memang semua berlari-larian
macam nak berperang pergi selamatkan baju masing-masing. Best =D

Stok makanan memang jangan harapla kau nak makan sorang-sorang.
Ada je orang nak ngendeng. Kadang-kadang aku makan maggie belakang
katil kot sebab tak nak orang nampak. Apa barang weh maggie sebungkus
tapi pengendengnye sampai 5 orang. Bak kata sorang budak ni:
"Sharing is rugi" bukan "Sharing is caring" Ahahaha ^_^Y

Barang-barang semua kena tulis nama. Nanti hilang! Toiletries pun
kena simpan elok-elok. Kalau tak nanti shower foam yang ko baru je beli
arini, esoknya dah tinggal half. Mana pergi entah?
Selipar pun orang suka curik -__-

Lagi, junior memang selalu kena ragging. Tu dulu la. Sekarang tak kot.
Kalau dulu-dulu, senior suruh tiup lampu sampai padam la, tiup kipas
sampai pusing la, kira rumput la. Haram jadah sungguh. Pastu kes torture
tengah-tengah malam buta adalah sangat biasa. Boring~
Tapi zaman junior je yang tak best sebenarnya. Zaman senior
adalah sangat best =P

Yang paling best kat asrama adalah kisah-kisah SERAM.
Muehehehe.

Kisah 1: Ni aku sendiri yang nampak. Hantu berbungkus macam
gula-gula warna putih kat tepi pokok. Pastu mula menggelabah
baca ayat kursi pun tunggang terbalik. Kalih 2nd time dah takde. Fuh~

Kisah 2: Ada sorang budak ni pukul 2 pagi baru terhegeh-hegeh nak pergi
toilet gosok gigi. Sorang-sorang tak ajak member teman pulak tu. Syok
gosok gigi kumur-kumur, angkat muka tengok cermin tiba-tiba teneneneng
ada benda rambut panjang kat belakang dia. Kalih belakang tengok-tengok
takde sape. Maka demamlah budak itu seminggu.
Moral: malam-malam pergi toilet awal-awal la.

Kisah 3: Strecther PBSM bergerak sendiri kejar warden yang tengah
round mengecheck kot-kot ada student ponteng prep. Sangat cool! Haha.

Kisah 4: Flashback bunyi masa pukul 3 4 pagi. Kat hostel sila la jangan main
batu seremban ke, congkak ke, carrom ke di malam hari. Nanti terjaga
pukul 3 pagi karang terdengar bunyi orang main congkak, tapi sebenarnya
semua orang tengah tidur acane?

Kisah 5: Histeria. Ni memang sangat selalu terjadik. So, kena banyak-banyak
ingat Tuhan and kena kuat. Sebab yang selalu histeria ni golongan yang
iman dia lemah. Wallahualam.

Kisah 6: Orang minyak. Ni masa aku form 2 kot. Orang minyak mengacau
tengah-tengah malam. Dahla dia bogel. Uhuk. Memang huru-hara sungguh.
Masa awal-awal memang semua orang takut. Lama-lama semua dah tekad
nak tangkap orang minyak tu. Tiap malam baca Yasin. And satu malam tu
kitorang ramai-ramai kejar dia sambil bawak kayu hoki, besbol, hanger
bagai. Tapi tak dapat pun. Dahla mengintai orang tidur. Tapi sekali
tu kena spray dengan ridsect ikut tingkap dek sorang member aku ni.
BRAVO!

Kisah 7: Flasher. Ni bukan hantu. Ni orang gila seks yang kita takde
kacau dia pun, tiba-tiba dia datang dekat bukak seluar. Memang nak
kena baling dengan tahi lembu manusia camni. Haha.

Kisah 8: Pengetua sekolah ternampak orang takde kepala tengah
berkawad dekat laman sekolah 0__o

Kisah 9: Ni paling best kot. Hahaha. Disebabkan selipar selalu kena curi,
aku pun bawakla terompah pergi asrama. Memang confirm takde orang
curi. Kalau curi nanti macam obvious sangat. Alkisahnye, ada sekali
waktu maghrib ni, aku kat surau kot (pakai terompah gi surau).
Bestfriend aku cuti solat, so masa orang lain dekat surau, dia pun
sibuk-sibuk nak basuh baju. Tiba-tiba dia dengar bunyik kelentung-
kelentang terompah padahal terompah tu kat surau. Muahaha.
Lama pastu terompah tu putus. Tapi aku tak buang, ada je kat rak
kasut. Tuptup pukul 3 pagi kawan aku dengar kelentung kelentang
orang jalan pakai terompah turun tangga padahal terompah tu dah putus kot.
Fuhh~ Hehehe

Lastly, apepun duduk hostel nanti kena kuat semangat ye Nurul Amira.
Rajin-rajin belajar. Rajin solat & baca Quran jugak.
Good Luck =))

Bosan lalu membuang masa jawab soalan tag.

(1) who sleeps in bed next to you?
tido sorang je. tak rock ah tido dua orang.

(2) what are u doing now?
menekan-nekan keyboard sambil mendengar radio sambil mata
jeling-jeling tv sambil mulut kunyah coklat dan minum air.
sambil kaki kuis-kuis kucing. ye ye. aku seorang yang multitasking.


(3) what kind of kuih raye did you make?
pernah buat oreo black beauty je.


(4) best day of the week?
isnin. sebab ade cite merlin kat tv.

(5) what really creepy?
entah. tengok diri sendiri depan cermin lepas bangun tido kot.

(6) what's your current fandom/obsession/addiction?
diri sendiri? hahahaha! entah!

(7) what are the colour of your baju hari raya?
puase pun belum lagi derr. pakai t-shirt jela dengan kain batik voley?


(8) what did you eat for breakfast today?
roti taruh planta tabur gula.


(9) what is your aim for this raya?
nak kumpul duit raya?

(10) what was the last thing you bought?
keropok super ring.


(11) what was the coolest thing you have seen recently?
ais batu dalam peti ais.


(12) does the cool thing above affect your mood?
nope (poker face).


(13) what is your zodiac sign?
aquarius.


(14) do you want to learn other skills?
yerp. nak belajar deco kek cecantik @__@


(15) where are u now?
bersila atas katil depan laptop dalam bilik dekat rumah.


(16) if you could meet anyone now, who would you meet?
rahsia.


(17) what's something you'd like to say to someone right now?
tengah mood malas bercakap (poker face).

(18) what are you looking forward to?
kerja yang cantik handsome lagi awesome (where r u?)

(19) say something to person who tagged you?
terima kasih kerana mengetag saya


(20) tagged 8 people
malas nak tag..sape2 nak buat,buat lah. kbai.

Wednesday, January 18, 2012

Thursday, January 12, 2012

The Attention Seeker.


Si pengacau mase aku solat.


Mase tengah makan lagila wajib dia datang.


Pastu makin dekat..dekat..dekat.. PANGG!


Mase lipat baju.

Aku dengar ipod pun hang sibuksibuk. Nah amek dengar lagu rock.
(padanmukesakittelinge)


Mase tengah online. Mule2 kat bawah je.

Pastu dah tergolek makin dekat dekat. Cess~

Kau ade? =P