Sunday, February 19, 2012

Kucing preggy dan Smartheart.



Harini keluar jap pergi post office.
Then singgah The Store beli Smartheart yang emak pesan.
Then pergi bus station nak balik umah.
Jalan setapak demi setapak.
Ternampak sebiji kucing pregnant yang cantik jelita.
Aku tenung beliau--beliau tenung aku.
Aku senyum--beliau pun senyum =)
Aku kenyit mata--beliau pun kenyit mata.Ok, tipu!
Then terkedek-kedek beliau datang bawak perut kat aku.
Leset-leset-leset purrssss~
Aku ambil beliau letak atas kerusi.
Bukak bungkusan Smartheart emak.



Uuu yummy yummy yummy =)
Cian dia. Lapar sangat. Dahla preggy.
Then dah kenyang, aku bersembang bergurau-senda dengan dia.
Then,bas pun sampai.


Puan kucing: Kakak nak balik dah ke?
Cik Aku: Ye sayang. Bas dah sampai tu.
Puan kucing: Bawakla saya balik sekali :'(
Cik Aku: Ikutkan hati memang kakak nak bawak
awak balik. Tapi kat rumah dah banyaaak sangat
kawan-kawan awak. Sori sayang. Kakak doakan nanti
ada orang yang baik hati ambil awak bawak balik rumah,
jaga makan minum awak. Sori lagi sekali sayang.
Nanti kalau kita jumpa lagi, kakak belikan ayam goreng KFC.

Usap-usap dia sekejap lalu babai tata tata.
Tapi dia ikut nak naik bas. Terpaksa umpan Smartheart sikit
bawah kerusi lalu berlari naik bas laju-laju. Sori :'(

Dalam bas tiba-tiba ada seorang jejaka memberi kertas
beserta no telefon beliau.
Apekahh?
Sori encik. Eventhough I'm nice to that cat and other cat and
other cat, that doesnt mean that I'm nice to human too.
If you want me to be nice to you..
Sila transform jadi kucing.
Kakaka =P
Okbye.





1 comment:

zOeY zAu YaH said...

wahhh miaw2 nk dpt baby =)