Monday, February 18, 2013

Wonderpets eh wondergirl menyelamat!

Di rumah beta terdapat sebijik telaga lama ala-ala cerita the ring. Namun ia hanya digunakan untuk mencampak certain sampah. Tilam lama dan underwear yang dah kendur misalnya.



Namun hari ini seekor kucing beta telah mencampakkan diri ke dalam telaga tersebut. Motif? Berasa diri adalah sampah atau ingin membunuh diri atau mengejar cekcibor lalu terjatuh mungkin?



Hai kucing! Awak buat apa dalam teww? 'miauu miaau!' kata si kucing sambil membuat muka puss in boots dalam cerita shrek.

Nak panggil abang bomba macam mengada-ngada sangat. Maka marilah kita mengadakan operasi menyelamat sendiri. Kami wonderpets, eh, saya wondergirl datang menyelamat!



Ikhtiar pertama. Letak tangga dengan harapan budak kucing reti mendaki tangga itu.



Namun budak kucing hanya mengiau-ngiau blur sambil memandang sayu muka tuannya yang cantik itu. 'Naik oi naik! Panjat cepat!' Namun arahan itu tidak difahaminya. If only i can talk cat's languange.



Hampa. Kita cuba ikat raga dengan tali pulak. Dengan harapan budak kucing akan masuk ke dalam raga lalu akan ditarik naik ke atas ala-ala lift.



Hampa juga. Walaupun tuan kucing yang cantik telah merayu berkali-kali, namun budak kucing still buat dunno jek! Tuan kucing pun mulalah nak naik angin. Dahla lapo ni woi! Tiba-tiba ting ting tuan kucing mendapat idea lalu laju-laju masuk ke dalam rumah lalu membuka peti ais lalu mengambil ikan rebus lalu menutup peti ais lalu keluar rumah lalu berjalan dengan anggunnya ke telaga lalu memasukkan ikan ke dalam raga lalu menurunkan raga ke dalam telaga.





Alhamdulillah, si budak kucing segera masuk ke dalam raga dengan slowmotion lalu membaham ikan tersebut. Tak sempat nak ambik gambar, tuan kucing menarik raga ke atas selaju-lajunya.

Namun elok-elok sahaja raga mencecah tanah, budak kucing melompat keluar lalu berlari pecut semahu-mahunya seolah-olah tahu bahawa tuannya sedang naik minyak.



Siap ko nanti! Siap! *walaupun tuan kucing berpakaian seperti scarecrow di sawah padi, namun beliau masih kelihatan ayu* puiii! Kahkah!



Kena mandi!!

Sekian sahaja laporan menyelamat wonderpets, eh wondergirl hari ini. Kbai.

1 comment:

Shahrul Azwan Sahbudin said...

shidah oi, elok mintak mak tutopkan lubang telaga tuh, kang tak pasei pasei masuk lagi si kucing tu dlm telaga tu