Friday, December 30, 2011

Introducing All My Furkids.




Firstly, nak introduce my precious Snowie. Although she's dead already. RIP sayang :'(
Kutip dia ni dekat tepi surau. Mata sebelah biru sebelah hijau yaww~ Suke sangat minum
susu. Pantang nampak aku, memang terus larilarilari lesetleset MIUMIUU..kata beliau.
MISS YOU!



Okey.. Mari mulakan sesi bersuaikenal dengan mereka yang masih
berkepit bawah celah ketiak saya. opsss =P




1. Puteh. He's the king in my house =) Walaupun muka handsome macho kacak
gila, badan six pax (eh?), tapi dalam hati ada taman. Refer sini.



2. Naomei. She's the QUEEN! sumpah tak tipu. Dia sekor je boleh masuk dalam
rumah sukasukihati. Pastu sibuk nak tidur atas katil berebut bantal tariktarik
rambut dengan kakak (ehem,selalu orang gelar diri dia mummy dekat furkids
diorang, aku muda lagi so, panggil kakak) hihihihi (gelak supan).. *PAANG!



3. Chi. Ni anak teruna aku yang handsome. Kami belajar satu universiti, tinggal sebilik,
tidur sekatil, study sama-sama, shopping sama-sama, makan sepinggan (errr..).
Pastu bila dah final year, aku sedih nak berpisah dengan dia. So, hangkutla sekali
bawak balik kampung =)



4. Himawari. Kucing paling tua dekat rumah. Tua sangat dah. Memang tahap nenek
rambut beruban penuh, gigi kompang, kulit berkedut, bongkok-bongkok pakai tongkat.
Dia tengah sakit sekarang, sakit tua.



5. Kicap. Dia ni dulu aneroxia. Lepas menjalani sesi kaunseling dengan aku, dia dah
insaf. Takde cover-cover makan dah =)



6. Comot. Ni adik beradik kicap. See her belly, dia tengah peknen anak Puteh.
Dulu kecik-kecik memang dia comot. Ni dah besar tibatiba jadi jelita pulak.
Takkan nak tukar nama jadi Jelimot pulak kan. Ke Colita? Opsss.. Hahahaha



7. Datin. Mak buyung jugak. Untunglahh baby-baby tu. Jadi anak Datin. Kau ade?



8. Peah. Kucing ni kutip kat sekolah. Ye, aku sekolah lagi. Aku kan muda lagi.
*PANG PAANG! T_T Baiklah, kakak saya cikgu. Dia la yang bawak balik kucing ni.




9. Chiboo. I like her silver colour. Hehe.. Muka toya sebab tengah demam achumachum.
Kalau tak, dia adalah comel macam gambar masa bayi dulu. Pewwit~



10. Citam. Dia ni buta sebelah sebab operate buang mata haritu sebab kena
infection virus. Bertabah ok citam!


11. Ginger. Susah nak snap gambar dia ni sebab hypernye Ya Rabbi. Dapat gambar
belakang dia pun jadilah. Kitorang panggil dia Anje =) Anak Peah dengan Puteh.



12. Rachel. Love at a first sight (puiiii).. Hehe.. Kutip kat kedai makan. Masa
tengah makan, aku ambik dia letak atas riba. Manja kemain tapi tak rase nak
bawak balik pun masa tu. Bagi makan je kenyang-kenyang. Tapi bawak balik
jugak esoknya sebab ternampak sorang makcik ni jalan mata keatas pastu
nak tersepak Rachel ni. Hangkuut~



13. Blackie. Mula-mula bagi nama Shadow tapi mak tak reti sebut pulak. Adik beradik
Rachel ni.


14. Kopi. Ni pun adik Rachel paling bongsu.




Ni aktiviti pagi petang =) Yang lain-lain yang takde dalam gambar ni
adalah kucing sombong yang taknak makan berjemaah =P
Oh.. kucing-kucing saya 3/4 adalah stray yang dikutip. Puteh yang
gebu tu pun kutip hoccay. Sila percaya. Kucing jalanan sebenarnya lagi
pandai jaga diri dari kucing bela kat umah. Sekian..
Lastly, Stop buying pets, Save Strays <3


















No comments: