Tuesday, January 31, 2012

Cerita zaman sekolah asrama.

Entry ini ditulis untuk anak saudaraku Nurul Amira yang bakal
masuk hostel next week. Be tough. Namo nangesnanges =)

Dulu aku kena paksa duduk sekolah asrama dek mak aku. Dengan harapan
anak dia ni jadi ustazah. Tapi tak tercapai cita-cita mak itu. Maaf. Hehe..

First night tidur kat asrama, aku sorang je yang tak nanges. Memberontak
konon-konon. Mak tak sayang aku, hantar sekolah asrama, buat apa nak menangis.
Ecewah. Hahaha. Yang pastinya malam tu katil kiri kanan atas aku semua
penghuni dia sobsobsokseksoksek. Ahaks. Rileks la wehh~

Pastu semua benda kena buat sendiri. Berdikari ok. Basuh baju, basuh kasut,
sidai baju, kemas katil tegangtegang jangan kedut sikit pun, bangun pagi
takde orang kejut, tiap hari sapu sampah sebab kalau bilik semak nanti
kena denda, iron baju sendiri malam-malam sebelum sekolah esok,
loker mesti sentiasa kemas kalau tak nanti kena denda. Dahla kena bangun
awal berebut bilik air. Kalau lambat nanti kena jelingjeling dek senior.
Elehh. Kerek je. Macamla shower tu kau punya =P

Oh lepas tu, masalah utama budak-budak form 1 adalah hencik kutu atas
kepala. Walaupun anda adalah seorang yang pembersih selalu syampu
rambut, tapi hencik kutu ni terbang berjangkit toinktoink merata-rata
sampai 1 dorm semua berkutu eyuuuu. Note to Amira:
Kalau ada kutu nanti inform ibu cepat-cepat, nanti boleh ibu bagi ubat kutu.
Ekekeke =P Tapi mrsm rasanya 1 bilik 4 orang je. Selamat dari kutu kot.

Solat memang kena dekat surau semua. Berjemaah.
Makan pun nasi kawah dekat dewan makan. Kalau dapat time lauk yang
sedap tu best la. Tapi kalau time lauk ikan goreng sayur labu dengan buah pisang
je, memang rasa nak balik bilik makan maggie lagi sedap. Makan pun dalam tray je.
Pastu nanti baju kena jemur dekat ampaian besar, maka sangat berisiko
hilang baju. Kalau hujan masa tengah kelas memang semua berlari-larian
macam nak berperang pergi selamatkan baju masing-masing. Best =D

Stok makanan memang jangan harapla kau nak makan sorang-sorang.
Ada je orang nak ngendeng. Kadang-kadang aku makan maggie belakang
katil kot sebab tak nak orang nampak. Apa barang weh maggie sebungkus
tapi pengendengnye sampai 5 orang. Bak kata sorang budak ni:
"Sharing is rugi" bukan "Sharing is caring" Ahahaha ^_^Y

Barang-barang semua kena tulis nama. Nanti hilang! Toiletries pun
kena simpan elok-elok. Kalau tak nanti shower foam yang ko baru je beli
arini, esoknya dah tinggal half. Mana pergi entah?
Selipar pun orang suka curik -__-

Lagi, junior memang selalu kena ragging. Tu dulu la. Sekarang tak kot.
Kalau dulu-dulu, senior suruh tiup lampu sampai padam la, tiup kipas
sampai pusing la, kira rumput la. Haram jadah sungguh. Pastu kes torture
tengah-tengah malam buta adalah sangat biasa. Boring~
Tapi zaman junior je yang tak best sebenarnya. Zaman senior
adalah sangat best =P

Yang paling best kat asrama adalah kisah-kisah SERAM.
Muehehehe.

Kisah 1: Ni aku sendiri yang nampak. Hantu berbungkus macam
gula-gula warna putih kat tepi pokok. Pastu mula menggelabah
baca ayat kursi pun tunggang terbalik. Kalih 2nd time dah takde. Fuh~

Kisah 2: Ada sorang budak ni pukul 2 pagi baru terhegeh-hegeh nak pergi
toilet gosok gigi. Sorang-sorang tak ajak member teman pulak tu. Syok
gosok gigi kumur-kumur, angkat muka tengok cermin tiba-tiba teneneneng
ada benda rambut panjang kat belakang dia. Kalih belakang tengok-tengok
takde sape. Maka demamlah budak itu seminggu.
Moral: malam-malam pergi toilet awal-awal la.

Kisah 3: Strecther PBSM bergerak sendiri kejar warden yang tengah
round mengecheck kot-kot ada student ponteng prep. Sangat cool! Haha.

Kisah 4: Flashback bunyi masa pukul 3 4 pagi. Kat hostel sila la jangan main
batu seremban ke, congkak ke, carrom ke di malam hari. Nanti terjaga
pukul 3 pagi karang terdengar bunyi orang main congkak, tapi sebenarnya
semua orang tengah tidur acane?

Kisah 5: Histeria. Ni memang sangat selalu terjadik. So, kena banyak-banyak
ingat Tuhan and kena kuat. Sebab yang selalu histeria ni golongan yang
iman dia lemah. Wallahualam.

Kisah 6: Orang minyak. Ni masa aku form 2 kot. Orang minyak mengacau
tengah-tengah malam. Dahla dia bogel. Uhuk. Memang huru-hara sungguh.
Masa awal-awal memang semua orang takut. Lama-lama semua dah tekad
nak tangkap orang minyak tu. Tiap malam baca Yasin. And satu malam tu
kitorang ramai-ramai kejar dia sambil bawak kayu hoki, besbol, hanger
bagai. Tapi tak dapat pun. Dahla mengintai orang tidur. Tapi sekali
tu kena spray dengan ridsect ikut tingkap dek sorang member aku ni.
BRAVO!

Kisah 7: Flasher. Ni bukan hantu. Ni orang gila seks yang kita takde
kacau dia pun, tiba-tiba dia datang dekat bukak seluar. Memang nak
kena baling dengan tahi lembu manusia camni. Haha.

Kisah 8: Pengetua sekolah ternampak orang takde kepala tengah
berkawad dekat laman sekolah 0__o

Kisah 9: Ni paling best kot. Hahaha. Disebabkan selipar selalu kena curi,
aku pun bawakla terompah pergi asrama. Memang confirm takde orang
curi. Kalau curi nanti macam obvious sangat. Alkisahnye, ada sekali
waktu maghrib ni, aku kat surau kot (pakai terompah gi surau).
Bestfriend aku cuti solat, so masa orang lain dekat surau, dia pun
sibuk-sibuk nak basuh baju. Tiba-tiba dia dengar bunyik kelentung-
kelentang terompah padahal terompah tu kat surau. Muahaha.
Lama pastu terompah tu putus. Tapi aku tak buang, ada je kat rak
kasut. Tuptup pukul 3 pagi kawan aku dengar kelentung kelentang
orang jalan pakai terompah turun tangga padahal terompah tu dah putus kot.
Fuhh~ Hehehe

Lastly, apepun duduk hostel nanti kena kuat semangat ye Nurul Amira.
Rajin-rajin belajar. Rajin solat & baca Quran jugak.
Good Luck =))